Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati
Alfatihah buat sahabat seperjuangan, Mohd Faiz Izuddin B Daud, se batch 2009/2010
Kuliah Perubatan, Tahun 4, Universiti Zagazig
*cardiac arrest*
sudden death.
Meninggal pada hari jumaat yg mulia,
memberikan kesan yg mendalam buat sahabat2 seperjuangan
aktif dlm kelas,tempat duduk paling hadapan
harini di kelas,ketiadaan yg sgt dirasai.
Jumaat yg syahdu dan suram seakan2 memahami perginya seorang sahabat
sebelum tu baru je exam sama2
baru je gelak2,usik2 sesama teman group 2 exam clinical ophtal
dan td dlm klas doc umum markah exam semua org,
arwah dpt fullmarks..Allah..sebak dengar..tahniah!
khamis baru last exam midterm II sama2
itu last tgk & jumpa sebelum keesokannya jumaat pergi menghadap Pencipta untuk selamanya
dari yg xkenal arwah,bole kenal sbb pernah bg tazkirah ringkas dlm kelas
Alhamdulillah..dikenali dgn kebaikan yg dilakukan
atas urusan yg xdpt diselesaikan pd hari jumaat,jenazah diuruskan pd hari ini,sabtu
kelas jam 9pg bermula dgn suasana yg mmg kehilangan
biasa sy smpai klas tepat jam 9,arwah dah ad kat kelas sebelah
harini smpai,kelas tersebut xbukak lampu puun lg
*biasala,batch kami 9.05 plg awal smpai =)
doktor di depan,buku pen di tgn,
dah cuba fokus,tp Allah Maha Mengetahui..
kwn laki sume dah ad kat bilik jenazah,urus dari memandikan,mengkafankan,sembahyang smpaila kebumikan
Alhamdulillah shbt2 sume mampu!
kelas selesai jam 12pm dan rehat untuk sambung kelas jam 1.30pm
kami ambil keputusan untuk iring jenazah keluar dari hospital university zagazig buat kali terakhir
doc call memaklumkan klas ptg tu cancel
Alhamdulillah..
sahabat2 ikhwah memenuhi ruang bilik jenazah dan masjid berdekatan untuk solat dan seterusnya bergerak ke cairo untuk dikebumikan
Alhamdulillah dpt iring jenazah buat kali terakhir dgn doa yg takpernah putus
tanah perkuburan kaherah
esok ibu sampai,moga diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadapi dugaan dariNya.
ALfatihah..
moga tenang dikau bersemadi di sana,sahabat =')
No comments:
Post a Comment