ya Allah
ak tahu,bukan sampai masanya lagi untuk ak berbicara soal jodohku
ak tahu,Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala isi hatiku
bila hati dikuasai cinta,sume benda jadi xkena
fikiran,hati..sumenye berbicara tentangnya
sedangkan cinta kepadaMu belum ckup untuk dibawa ke syurga
apalah sgt cinta dunia.jika cinta akhirat dlupakan
apalah sgt cinta dunia,jika cinta xkena pada tempatnya
knpe cinta selalu dita'rifkan cinta kpd kekasih?
sebut sahaja cinta,mesti terbayang kekasih
knpe tidak dluaskan lg skop cinta kpd ayah,ibu,adik beradik,keluarga,guru,sahabat
kerana cinta kpd bukan kekasih tidak selalu diucapkan.
ya Allah
hari ini ak memohon,hari ini ak menadah tgn
berdoa agar kau tetapkan jodohku
jika 'dia' jodohku ya Allah,maka kau jagalah batasan perhubungan antara kami
jauhkanlah kami dari segala fitnah dan dosa
peliharailah hubungan antara kami
biarkan dia menantiku dgn kepastian
yakinkan ak bahawa dia milikku
dan yakinkan dia bahawa ak miliknya
kau jauhkanlah hati antara kami sepanjang tempoh perkenalan kami
ikatkanlah hati kami dgn ikatan doa,bukan ikatan cinta ya Allah
sungguh ya Allah,
ak belom bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai permaisuri hidupnya
ak tidak mahu berdosa sekiranya ak gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut
berikan ak masa untuk menjadi seorang wanita solehah ya Allah
y mampu mendidik anak2ku nanti,
y mampu menjadi penyeri dan sayap kiri buat bakal suamiku kelak
Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
jika dia benar2 bukan jodohku,
maka Engkau tunjukkanlah kepadaku..
jauhkanlah antara kami secepat mungkin
Engkau Yang Maha Berkuasa atas segala-gala y terjadi
ak mohon padaMu Ya Allah
sungguh,ak xsanggup untuk melukai hati hambaMu
ak hanya mampu berdoa dan meminta petunjuk dariMu
sedaya upaya ku berusaha untuk menjauhkan diri dari semua ini
selebihnya ak berserah padaMu Ya Allah
sungguh,hati kami para hamba sgt lemah Ya Allah
Ya Allah,
jika mereka sibuk berbicara soal jodoh mereka,
ak tidak mampu untuk menahan sebak d hatiku
kerna ak takut..takut jika mereka xdpt apa y mereka inginkan
ak tidak mahu melihat mereka bersedih Ya Allah
Engkau Maha Pengatur urusan Ya Allah
apa y Engkau tetapkan,semuanya adalah y terbaek (:
ak tahu ya Allah,jika apa y kami minta,jika lmbt dperkenan,
ak yakin dan pasti bahawa Engkau sedang menambah iman kami,
alhamdulillah..
Ya Allah,
jika mereka sedang sibuk membicarakan soal perkahwinan mereka,
ak tersenyum bangga Ya Allah,
kerna mereka memilih jalan y mulia,jalan yang Engkau redhai
rahmatilah mereka semua Ya Allah
berikan mereka limpahan kasih sayang dan segunung cinta
untuk mereka mengukuhkan binaan baitulmuslim y mereka idamkan
Ya Allah,
semoga kau perkenankan doa hambaMu y lemah ini,
jadikan ak wanita solehah,
kuatkanlah iman ak,
dekatkanlah ak padaMu Ya Allah
ak ingin mencintaiMu Ya Allah,dan semoga Engkau sentiasa mencintaiku,
ak ingin merinduiMu Ya Allah,dan semoga Engkau sentiasa merinduiku,
ak ingin mengasihiMu Ya Allah,dan semoga Engkau sentiasa mengasihiku..
ameen ya rabb :')