Dalam kedinginan air cond di bilik kuliah ini, tiba-tiba bebola mataku tertarik kepada seorang gadis yang bertudung litup, berpakaian jubah, dan berwajah kearaban. Hatiku tertanya-tanya. “Dari mana pulak minah arab ni?”. Aku perhatikan gadis arab yang duduk di sudut dewan kuliah itu hanya keseorangan dan membaca sambil menunggu pensyarah masuk. Sedang aku memasang langkah untuk mendekati gadis itu dan berbual-bual dengannya, tiba-tiba pensyarah sudah ada di hadapan.
Pada kuliah itu pensyarah sejarah pemikiran ekonomi, Profesor Ikhwan telah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan untuk diberikan tugasan dalam kumpulan. Alangkah gembiranya hatiku apabila mendapat tahu bahawa gadis arab itu satu kumpulan denganku. Selepas kuliah kumpulan kami mengadakan sedikit perjumpaan. Pada masa itu aku berkesempatan mengenali gadis arab itu dengan lebih dekat lagi.
“Assalamualaikum.” Aku memulakan bicara..
“Waalaikumsalam warahmatullah.” Jawab gadis arab itu sambil tersenyum manis.
“Kamu boleh cakap melayu tak?.” Tanyaku dalam nada yang kurang yakin.
“Saya sudah lima tahun di sini dan boleh berbahasa Melayu.” Jawab gadis dengan Bahasa Melayu yang lancar. Kagum sungguh aku dengan kebolehan berbahasa Melayu gadis arab ini.
“Oh ya, nama saya Afanizam.”
“Nama saya Siti Hawa dari Palestin.”
Rupa-rupanya gadis arab ini berasal dari Palestin. Sebuah negara yang menjadi perhatianku kerana kerakusan penceroboh dari bangsa yahudi. Ini buatkan aku ingin bertanya lagi.
“Kat sana tiada universiti ke?”
“Ada, tapi sudah musnah oleh keganasan Israel.” Jawab Siti Hawa dalam nada yang sedih.
“Negara kamu sekarang tengah bergolak, apa peluang perkerjaan kamu di sana selepas habis belajar?”
“Memang kami tidak ada peluang tetapi sekurang-kurangnya kami telah melaksanakan tuntutan islam supaya mencari ilmu, kan menuntut ilmu tu satu ibadah, betul tak?”
“Betul. Betul.” Jawabku sambil tersenyum.
“Sebenarnya saya sungguh simpati dengan nasib saudara-saudara kita di sana, dan saya
menyokong apa jua gerakan untuk membebaskan bumi Palestin dari pencerobohan Israel.”
“Terima kasih, saya begitu hargai sokongan kamu dan masyarakat disini. Sebenarnya kami bukanlah pengganas seperti yang didakwa, malahan kami dahulu yang telah diganasi oleh israel.”
“Keluarga kamu macam mana?” Tanyaku lagi.
“Kedua-dua ibu bapa saya telah terkorban dalam satu serangan tentera Israel.”
“Oh, saya minta maaflah. Semoga kamu bersabar.”
“Tak apa, saya redha dengan apa yang terjadi, eh sabtu depan kampus ada majlis keamanan sejagat untuk palestin, kamu datanglah sebagai tanda sokongan kepada perjuangan kami.”
“Insya-Allah.” Jawabku dengan ringkas.
“Oklah, saya minta diri dulu kerana ada kelas.” Pinta Siti Hawa.
“Oklah jumpa lagi, jaga diri baik-baik.”
“Terima kasih.” Balas Siti Hawa sambil mempamerkan senyuman yang manis.
Sejak pertemuan itu aku amat tertarik dengan perwatakan Siti Hawa, aku lihat dia seorang yang gadis yang lemah lembut tetapi cekal dan mempunyai semangat perjuangan yang tinggi.
Pada majlis keamanan sejagat untuk Palestin kelihatan begitu ramai sekali mahasiswa yang datang, menunjukkan bahawa perjuangan rakyat Palestin mendapat perhatian dari mahasiswa pelbagai lapisan agama dan kaum. Dalam lautan mahasiswa itu, bebola mataku tercari-cari seorang yang bernama Siti Hawa, namun dalam lautan manusia begini memang susah untuk mencari seseorang.
Tepat pukul 9.00 malam majlis pun bermula. Ketika itu aku dapat rasakan kedinginan penghawa dingin dewan besar ini telah dihangatkan dengan ucapan-ucapan berapi yang penuh semangat dari dua orang panelis yang mengecam keganasan Israel terhadap penduduk Palestin. Dalam fikiranku, kalaulah kabinet Ariel Sharon bapak pengganas tu tahu tentang majlis ni, sudah tentu F/A18 Hornet dihantar untuk membedil dewan besar ini.
Bila tiba panelis ke-3 aku agak terkejut. Rupa-rupanya Siti Hawa adalah salah seorang panelis yang mewakili rakyat Palestin dalam majlis itu. Aku lihat gadis palestin ini berucap dengan begitu bersemangat dan telah memukau ribuan mahasiswa dalam dewan besar ini. Segala pengalaman di bumi Palestin diceritakan dengan begitu menyayat sekali sehinggakan ada mahasiswi yang menangis. Dan itulah kali pertama aku melihat air mata Siti Hawa. Air mata jernih yang memancarkan seribu penderitaan umat islam Palestin.
Pagi jumaat ini aku hanya ada satu kuliah sahaja. Habis sahaja kuliah aku terus keluar untuk bersarapan. Dalam perjalananku ke Restoran Maulana untuk bersarapan tiba-tiba ada satu suara memberi salam.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Eh ustaz, minum ustaz.”
“Ana baru minum tadi. Ni ana dapat maklumat ada 'kenduri' lepas jumaat ni kat Masjid Ar Rahman.”
“Kenduri? Kenduri apa tu ustaz?”
“Untuk membantah keganasan Rejim Israel. kalau tak ada apa anta datang la.”
“Insya-Allah ustaz.”
Dengan membawa kain serban aku menuju ke Masjid Ar Rahman untuk bersolat jumaat di sana. Tengah hari itu kelihatan jemaah begitu ramai sekali yang terdiri daripada mahasiswa di sekitar Lembah Klang sehingga ada yang terpaksa membuat saf jemaah di luar. Sebaik sahaja solat selesai para pimpinan mahasiswa memberikan ucapan yang berapi-api membidas kekejaman Israel yang disambut dengan laungan takbir dan kecaman terhadap Rejim Zionis.
Kami bersiap untuk berarak dari masjid secara aman dengan membawa pelbagai kain rentang. Antaranya tertulis, “Hidup Islam Hancur Israel!” Akupun mula menutup mukaku dengan kain serban seperti pejuang Hamas dan memakai winbreaker untuk menghadapi kemungkinan ditimpa ‘hujan asid’. belumpun kami melangkah, telah kedengaran bunyi dari hailer.
“Dalam masa 5 minit kamu semua diminta bersurai!”
“Perhimpunan ini adalah tidak sah mengikut akta polis.”
“Sila beri kerjasama. Sila beri kerjasama.”
“Saya ulangi bersurai sebelum pihak kami mengambil tindakan.”
Di depan kami FRU telah bersiap sedia dengan belantan dan perisai. Yang amat menggerunkan sekali, sebuah lori water canon dengan muncung meriamnya dihalakan ke arah kami bersedia untuk menurunkan ‘hujan asid’ pada bila-bila masa. dalam keadaan yang agak gawat ini, pimpinan mahasiswa meminta kami semua bertenang sementara mereka berbincang dengan pegawai polis untuk mendapat kebenaran berhimpun.
Selepas beberapa minit berbincang kami tetap tidak dibenarkan untuk meneruskan perhimpunan, dan nampaknya kami terpaksa mengakhiri perhimpunan dengan bacaan doa untuk kesejahteraan umat islam di seluruh dunia. Tetapi belum sempat bacaan doa dihabiskan kedengaran bunyi loceng diikuti semburan air dari lori water canon. Keadaan menjadi semakin gawat. Ada yang cabut lari menyelamatkan diri dan ada yang bertahan situ. Laungan takbir bergema dalam suasana yang gawat itu.
“Allahu akbar!”
“Allahu akbar!”
“Allahu akbar!”
Barisan FRU mula mengejar dan membelasah sesiapa sahaja yang ada di depan mata mereka. Sekalipun orang itu tidak tahu-menahu tentang demonstrasi itu. Mataku begitu pedih kerana ditimpa oleh ‘hujan asid’. Dalam kesamaran, mataku terpandang seorang muslimat yang telah diperlakukan dengan begitu kasar oleh anggota FRU hingga tudungnya hampir tertanggal. Aku begitu marah dan dengan nekad terus menghayunkan topi keledar ke arah anggota FRU tersebut sehingga anggota FRU tersebut tersungkur. Aku membawa muslimat itu lari ke tempat yang selamat.
Bila keadaan reda baru aku perasan, rupa-rupanya muslimat yang aku selamatkan itu adalah Siti Hawa.
“Eh, kamu ke Siti Hawa?” Aku bersuara dengan termengah-mengah.
“Masya-Allah, kamu rupanya yang selamatkan saya.” Siti Hawa juga terkejut.
Tiba-tiba aku lihat Siti Hawa menangis lalu aku bertanya.
“Kenapa kamu menangis?”
“Saya menangis bukan kerana sakit dikasari oleh mereka, tapi saya sungguh sedih kerana sebuah negara yang didakwa sebagai negara islam sanggup mengasari orang yang berhimpun untuk membantah kekejaman Rejim Zionis.”
Terkedu bila aku dengar kekesalan yang diluahkan oleh Siti Hawa itu. Itu belum lagi aku ceritakan tentang pasukan kriket Israel yang ditatang, rakyat yang membantah pula diterajang pada tahun 1995.
Persahabatan aku dengan Siti Hawa telah hampir 2 tahun dan ini adalah hari terakhir aku dapat bertemu dengannya. Hari ini aku bertekad untuk meluahkan isi hatiku kepada Siti Hawa yang telahku pendamkan selama hampir dua tahun.
“Apa rancangan kamu selepas ini?”
“Insya-Allah selepas ini saya akan balik ke negara saya, Saya telah dilamar di sana dan saya telah menerima lamaran itu.”
Aku hanya tersenyum mendengar katanya itu tetapi dalam hatiku amat kecewa kerana gadis Palestin ini telah dilamar orang. Sayang sedalam-dalam sayang, bunga yang ku puja akan sunting orang. Namun begitu aku redhakan hati ini dan berdoa semoga dia bahagia. Pada keesokan harinya aku mengiringinya ke lapangan terbang.
“selamat tinggal wahai sahabatku, hulurkanlah doa untuk perjuangan kami di sana, saya akan tetap merindui kamu.”
Itulah kata-kata terakhir yang keluar dalam mulut Siti Hawa sebelum dia berlepas. Hari itu juga ku lihat lambaian terakhir darinya dengan wajahnya yang begitu berseri-seri dan bercahaya sekali. Mungkin itulah gambaran kegembiraannya yang akan pulang ketanah airnya dan akan berumah tangga dengan pemuda yang dikasihinya.
Sudah sebulan berlalu, aku menjadi pegawai tadbir di sebuah jabatan kerajaan. Namun begitu aku tetap merindui Siti Hawa. Semasa perkenalan dengannya dahulu dia ada memberi nombor telefon bimbitnya kepadaku tetapi aku rasa tidak manis kalau aku ganggu gadis yang akan menjadi isteri orang.
Hari ini cuti hujung minggu, namun aku tetap bangun awal pagi. Mungkin kerana kebiasaan aku sejak menuntut di universiti lagi. Pagi itu aku tidak bercadang untuk kemana-mana, aku hanya berehat di rumah sahaja. Selepas sarapan aku membaca surat khabar. Aku terus membuka halaman berita antarabangsa kerana bagiku berita-berita dalam negeri adalah tidak adil dan tidak beretika.
Tiba-tiba jantungku seperti hendak gugur apabila terbaca satu tajuk berita yang berbunyi, “Seorang lagi serikandi Palestin yang bernama Siti Hawa telah melakukan operasi syahid di pos kawalan tentera Israel dengan meletupkan diri sendiri.”
Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku baca. Rupa-rupanya maksud lamaran oleh Siti Hawa dulu adalah lamaran untuk berjihad dan mencapai syahid.
Dalam masa yang sama isyarat SMS dari telefon bimbitku berbunyi. Bila aku buka, rupa-rupanya ianya adalah SMS dari Siti Hawa yang tertulis, “sebenarnya saya juga mencintai kamu, tetapi saya lebih mencintai Allah dan rasulNya.”
Dengan tak semena-mena air mataku mengalir. Aku yang selama ini tidak pernah menangis kerana mempertahankan keegoanku kini menangis tanpa mempedulikan alam sekeliling ku. Selepas solat aku menyedekahkan bacaan Surah Yassin kepada arwah dan berdoa semoga arwah diberikan syahid yang tertinggi oleh Allah.