Pages

grad

Daisypath Graduation tickers

Sunday, October 31, 2010

sweet p0rt saiD ~

jaulah again.yey !

jaulah ? ya ! its all ab0ut xpl0re ! n0t jz xplore,but to think !

+ p0rt said +

3jam perjalanan dari zakzik... (:

wahh..wif ma luvly h0usemate-ajla n shakirah

aim : sh0ppim wintercoat !

jz nice...being wif adek2..haha ! 

tawar menawar jadik urusan kami

y plg cun dari LE100,dpt LE50

xpert betol adik2 niyy

tmpt cam penang-nek feri g seberang : nt0k s0lat je.hehe

tmpt sh0pim  xyah seberang p0m

tmpt sh0pim lak cam pngkalan kub0r..wahh..as u guess ~

* y x best *

kena tahan ngn kastam 3jam kot

sume bas kena check

smpai tertido,n bgun balik,tdo pulak,bgun2,xsiap2 ag..xlepasss2

huuu..n at last..encik kastam nek cek n menenangkan kami

he said : dun w0ri, its 0ne of our duty (:

waahhh ~ its true ! ^_^

"anDa teDa mampu mencipta pengalamaN melainkan anDa menghadapinya"








Monday, October 25, 2010

deman ! T_T


makmakmakamak

ayahayahayahayahayah

T_T

demam demam

isk3~

jauhnye kiteeee

m0ge es0k baek2 saje

nk g kuliahhhhhhh

ish3 : *sakit itu ujian na!*

waaaaa.meshi3

-sambung tido-


Saturday, October 23, 2010

petua ank menjadi bijak


-kena mem0rize nih-
hehe

-tenkiu sahabat FB-



1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun  kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.


- adik ! *riNdu* -

Tuesday, October 19, 2010

padaMU kubersujud :)


Ku menatap dalam kelam

tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu, ya Allah


Esok ataukah nanti

ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah


Kau tempatku meminta

Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat


Ampuniku ya Allah

yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud






-masjid al azhar,kaherah-


padaMu kami meminta y Maha Pengampun

ampunkanlah setiap dosa2 kami,ibu bapa kami,guru kami,sahabat kami,pejuang2 islam, muslimin muslimat,mu'minin mu'minat, y masih hidup ataupun y telah mnjadi milikMu


tetapkanlah hati kami Ya Allah

kuatkanlah iman kami Ya Allah


jauhkanlah kami dari bala bencana dunia,azab siksa kubur,azab api neraka


sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar Ya Rabb

ameen~

aDaT beLajaR-xterlepas dari tekanan ! hadapi ngn senyuman :)

 Senyum menghilangkan stres

Stres bisa terlihat di wajah.
Senyuman bisa menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih.
Ketika anda stres,ambil waktu untuk tersenyum.
Senyuman akan mengurangi stres dan membuat pikiran lebih jernih.

stress juga berkait rapat ngn secretion or inhibition of h0rm0nes !

jadi..hati2 !

Meskipun kita sedang menghadapi masalah seberat apapun dalam hidup ini, dengan sebuah senyuman dan keyakinan akan bisa mengurangi beban dalam fkrn atau perasaan kita, Semua orang ad masalah tapi cara penyelesaiannya yang berlainan tentunya hasilnya pun akan berbeza . Seberat apapun masalah dalam hidup ini apabila kita hadapi dengan senyuman secara psikologis beban itu telah berkurang..

Senyum membuat orang berfikiran positif
try dis : fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah.
Penyebabnya, ketika Anda tersenyum,tubuh mengirim signal “hidup adalah baik”.
Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah

:):):):):):):)

^_^

Hadapi dengan senyuman Semua yang terjadi Biar terjadi 


Hadapi dengan tenang jiwa..

Semua... Kan baik baik saja~


Sunday, October 10, 2010

start with histology :)

bismillahirrohmanirrohim...

allahummabariklana fi haazihi ssanati thani....

klas started. 10/10/2010

ya Allah,permudahkanlah sgalenye..

ameen~

ermm histology...cell..

ckp pasal cell,bukan organ.cell ye..aduhaii...sumguh agak complicated

subhana Allah,ciptaanNYA snggh sempurna

alhamdulillah antare tajuk y akan blaja thn nih 

*tetibe ayat jadik skema*..hahahha

klas 1st kan.agak penat~

+digestive system+
+respiratory system+
endocrine system+
+urinary system+
+male genital system+
+female genital system+
+skin+
+eye+
+ear+
+central nervous system+



Tuesday, October 5, 2010

anatomy & physiology discover :)

salam :)

heee...takot betol 2nd year..so,try belek2 buku k.yan *pinjam ep* :p

wowwwhh....

10hb ni klas=kena fokus betol2 naa oit~

no more bersenang lenang!!

ANATOMY
head n neck
neoroanat
lower limb
special embryology

PHYSIOLOGY
kidney n metabolism
digestive system
special senses
endocrine
reproduction
central nervous system

BIOCHEMISTRY
xsevey ag.hahax

HISTOLOGY
xtgk ag..hee :p

Sunday, October 3, 2010

WAAAAAANITA~!!!!!!


Pada akhir zaman ini kasihnya Allah pada wanita tidak sama kasihnya wanita pada Allah... ( ramainya wanita yang mencabar hukum2 Allah )
Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global. Jika ditelusuri dalam lembaran al- Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.

wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.
Wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
Wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.
Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini. Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu, Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda." - (Riwayat Bukhari)


Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya,Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Akhirnya, Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.

Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati memilih calon isteri.

Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana ia adalah antara ciri kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu." - (Riwayat Abdullah ibn Humaid).

Jelas di sini, bahawa aspek keagamaan dalam diri seseorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk.

Ini kerana agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwa sanubarinya, dia pasti akan taat kepada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.

Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud: "... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah... " - (Surah an-Nisa: 34)

Malah isteri yang solehah ingatannya sentiasa segar dengan pesanan Baginda yang bermaksud: "Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya." - (Riwayat Imam Ahmad)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa dan keadaan. Ini kerana keredaan suami adalah anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya reda kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga." - (Riwayat Al-Hakim dan Tirmizi) 
Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya yang juga penyejuk hati ibu bapa dan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama meninggal dunia. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.

Agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.

Demikianlah betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.

Akhirnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah- rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.

BUKAN LELALELAKI IDAMAN~

Lelaki adalah insan yang amat penting dalam kehidupan seorang wanita.Mereka lah pembimbing dan mereka lah tali untuk membawa wanita ke syurga.Tapi adakah pilihan itu tepat?Berikut adalah ciri-ciri lelaki yang patut dijauhi malah dielakkan untuk dijadikan bakal suami.


Ciri Pertama: Akidahnya Amburadul(mempercayai pd sesuatu selain drp Allah terutamanya ramalan2 yg tiada kaitan dgn agama)

Di antara ciri lelaki  ini adalah ia punya prinsip bahwa jika cinta ditolak, maka dukun pun bertindak. Dia bergantung harap pada ramalan nasib dan tidak bergantung pada Allah S.W.T.Yang menjadi kegemarannya adalah mempercayai ramalan bintang atau horoskop untuk menetukan kehidupannya.. Akidah yang di miliki sudah jelas adalah akidah yang rosak.

Ibnul Qayyim mengatakan, “Barangsiapa yang hendak meninggikan bangunannya, maka hendaklah dia mengukuhkan asasnya dan memberikan perhatian penuh terhadapnya. Sesungguhnya kadar tinggi bangunan yang bisa dia bangun adalah sebanding dengan kekuatan asas yang dibuat. Amalan manusia adalah ibarat bangunan dan asasnyadalah iman.” (Al Fawaid)

Berarti jika aqidah dan iman seseorang rosak -padahal itu adalah pokok atau asasnya-, maka bangunan di atasnya pun akan ikut rosak. Perhatikanlah hal ini.

Ciri Kedua: Menyia-nyiakan Solat sendirian ataupun solat jemaah

Solat jemaah bagi lelaki adalah suatu kewajiban sebagaimana disebutkan dalam al Qur'an dan berbagai hadits. Berikut di antaranya.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah, seorang lelaki buta datang kepada Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam dan berkata,
يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ لَيْسَ لِى قَائِدٌ يَقُودُنِى إِلَى الْمَسْجِدِ. فَسَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَنْ يُرَخِّصَ لَهُ فَيُصَلِّىَ فِى بَيْتِهِ فَرَخَّصَ لَهُ فَلَمَّا وَلَّى دَعَاهُ فَقَالَ « هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ بِالصَّلاَةِ ». فَقَالَ نَعَمْ. قَالَ « فَأَجِبْ ».

Wahai Rasulullah, saya tidak memiliki penunjuk jalan yang dapat mendampingi saya untuk mendatangi masjid.” Maka ia meminta keringanan kepada Rasulullah untuk tidak shalat berjama'ah dan agar diperbolehkan shalat di rumahnya. Kemudian Rasulullah memberikan keringanan kepadanya. Namun ketika lelaki itu hendak beranjak, Rasulullah memanggilnya lagi dan bertanya, “Apakah kamu mendengar adzan?” Ia menjawab, ”Ya”. Rasulullah bersabda, ”Penuhilah seruan (adzan) itu.” (HR. Muslim).

Orang buta ini tidak dibolehkan solat di rumah apabila dia mendengar azan. Hal ini menunjukkan bahwa memenuhi panggilan azan adalah dengan menghadiri solat jemaah. Hal ini ditegaskan kembali dalam hadits Ibnu Ummi Maktum.
Dia berkata,
يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْمَدِينَةَ كَثِيرَةُ الْهَوَامِّ وَالسِّبَاعِ. فَقَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- « أَتَسْمَعُ حَىَّ عَلَى الصَّلاَةِ حَىَّ عَلَى الْفَلاَحِ فَحَىَّ هَلاَ ».

Wahai Rasulullah, di Madinah banyak sekali tanaman dan binatang buas. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apakah kamu mendengar seruan adzan hayya ‘alash sholah, hayya ‘alal falah? Jika iya, penuhilah seruan adzan tersebut”.” (HR. Abu Daud. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini sahih) Lihatlah laki-laki tersebut memiliki beberapa keuzuran:
[1] dia adalah seorang yang buta,
[2] dia tidak punya teman sebagai penunjuk jalan untuk menemani,
 [3] banyak sekali tanaman sepanjang jalan,
[4] banyak binatang buas.

Namun karena dia mendengar azan, dia tetap diwajibkan menghadiri solat jemaah. Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam tetap memerintahkan dia untuk memenuhi panggilan azan iaitu melaksanakan solat jemaah di masjid. Bagaimana dengan orang yang dalam keadaan tidak ada uzur sama sekali, masih diberi kenikmatan penglihatan dan sebagainya?!Walaupun rumah atau tempat tinggal mereka berdekatan dengan masjid atau surau,apabila kedengaran azan mereka tidak mengambil peduli.

Imam Asy Syafi'i sendiri mengatakan, “Adapun shalat jama’ah, aku tidaklah memberi keringanan bagi seorang pun untuk meninggalkannya kecuali bila ada udzur.” (Ash Sholah wa Hukmu Tarikiha, hal. 107)
Jika lelaki yang menyia-nyiakan solat berjemaah di masjid saja bukan merupakan lelaki idaman, lantas bagaimana dengan lelaki yang tidak menjalankan solat  sendirian maupun secara berjemaah?!

Seorang ulama besar, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, dalam kitabnya Ash Sholah wa Hukmu Tarikiha, hal. 7, mengatakan, ”Kaum muslimin tidaklah berselisih pendapat (sepakat) bahwa meninggalkan shalat wajib (shalat lima waktu) dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, zina, mencuri, dan minum minuman keras. Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.

Ciri Ketiga: Sering Memandang wanita bukan muhrimnya

Ciri berikutnya, ialah lelaki yang susah untuk menundukkan pandangan ketika melihat wanita.

Karena Allah Ta'ala berfirman,
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".” (QS. An Nur: 30)
Dalam ayat ini, Allah memerintahkan kepada lelaki yang beriman untuk menundukkan pandangan dari hal-hal yang diharamkan iaitu wanita yang bukan muhrim. Namun jika ia tidak sengaja memandang wanita yang bukan mahrim, maka hendaklah ia segera memalingkan pandangannya.

Dari Jarir bin Abdillah, beliau mengatakan,
سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ نَظَرِ الْفُجَاءَةِ فَأَمَرَنِى أَنْ أَصْرِفَ بَصَرِى.

Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang pandangan yang cuma selintas (tidak sengaja). Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kepadaku agar aku segera memalingkan pandanganku.” (HR. Muslim no. 5770) Lebihan lagi apabila sudah bergelar suami dan mereka masih lagi memandang wanita disana-sini tanpa pengetahuan isterinya dengan alasan “mencuci mata”.

Allah S.W.T berfirman:
يَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ

Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.” (QS. Ghofir: 19) Ibnu 'Abbas ketika membicarakan ayat di atas, beliau mengatakan bahwa yang disebutkan dalam ayat tersebut adalah seorang yang bertamu ke suatu rumah. Di rumah tersebut ada wanita yang berparas cantik. Jika tuan rumah yang menyambutnya memalingkan pandangan, maka orang tersebut melirik wanita tadi. Jika tuan rumah tadi memperhatikannya, ia pun pura-pura menundukkan pandangan. Dan jika tuan rumah sekali lagi berpaling, ia pun melirik wanita tadi yang berada di dalam rumah. Jika tuan rumah sekali lagi memperhatikannya, maka ia pun pura-pura menundukkan pandangannya. Maka sungguh Allah telah mengetahui isi hati orang tersebut yang akan bertindak kurang ajar. Kisah ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan disebutkan oleh Ibnu Katsir dalam Tafsirnya (12/181-182). Ibnu 'Abbas mengatakan, “Allah itu mengetahui setiap mata yang memandang apakan ia ingin khianat ataukah tidak.” Demikian pula yang dikatakan oleh Mujahid dan Qotadah. (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 12/182, Darul Qurthubah)

Ciri Keempat: Senangnya Berdua-duaan

Inilah sikap lelaki  yang tidak baik yang sering mengajak pasangannya yang belum halal baginya untuk berdua-duaan .Berdua-duaan (khokwat) di sini dikira juga dalam bentuk alam mayaiaitu  tanpa berdua dalam satu tempat, namun selalu bermain meseg pesanan ringkas (sms), mengucapkan kata-kata mesra di FB dan lainnya. Inipun termasuk antara bentuk zina yang juga terlarang. Dari Ibnu Abbas, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ مَعَ ذِى مَحْرَمٍ

Janganlah seorang laki-laki berduaan dengan seorang wanita kecuali jika bersama mahromnya.” (HR. Bukhari, no. 5233) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَلاَ لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ لاَ تَحِلُّ لَهُ ، فَإِنَّ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ ، إِلاَّ مَحْرَمٍ

Janganlah seorang laki-laki berduaan dengan seorang wanita yang tidak halal baginya karena sesungguhnya syaithan adalah orang ketiga di antara mereka berdua kecuali apabila bersama muhrimnya.” (HR. Ahmad no. 15734. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan hadits ini sahih ligoirihi)

Ciri Kelima: Tangan Yang suka mencari kesempatan

Tangan lelaki jenis ini suka untuk menyalami wanita yang tidak halal baginya.Mereka akan mengatakan wanita tersebut tidak hormat kepadanya jika wanita tersebut tidak menyalaminya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pun ketika berbaiat tidak pernah menyentuh tangan wanita yang tidak halal baginya.
Dari Abdulloh bin ‘Amr, ”Sesungguhnya Rasulullah tidak pernah berjabat tangan dengan wanita ketika berbaiat.” (HR. Ahmad dishohihkan oleh Syaikh Salim dalam Al Manahi As Syari’ah)
Dari Umaimah bintu Ruqoiqoh dia berkata, ”Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya aku tidak pernah menjabat tangan para wanita, hanyalah perkataanku untuk seratus orang wanita seperti perkataanku untuk satu orang wanita.” (HR. Tirmidzi, Nasai, Malik disahihkan oleh Syaikh Salim Al Hilaliy)
Zina tangan adalah dengan menyentuh lawan jenis yang bukan muhrim sehingga ini menunjukkan haramnya.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu , Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنَ الزِّنَى مُدْرِكٌ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الاِسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلاَمُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ

Setiap anak Adam telah ditakdirkan bagian untuk berzina dan ini suatu yang pasti terjadi, tidak bisa tidak. Zina kedua mata adalah dengan melihat. Zina kedua telinga dengan mendengar. Zina lisan adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh). Zina kaki adalah dengan melangkah. Zina hati adalah dengan menginginkan dan berangan-angan. Lalu kemaluanlah yang nanti akan membenarkan atau mengingkari yang demikian.” (HR. Muslim no. 6925)

Ciri Keenam: Tanpa Arah yang Jelas

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يَحْبِسَ عَمَّنْ يَمْلِكُ قُوتَهُ

Seseorang dianggap telah berdosa jika ia menyia-nyiakan orang yang menjadi tanggungannya.” (HR. Muslim no. 996) Bererti kriteria lelaki idaman adalah  bertanggungjawab terhadap istrinya dalam hal nafkah. Sehingga seorang lelaki harus memiliki jalan hidup yang jelas dan tidak boleh ia hidup tanpa arah hidup yang sampai menyia-nyiakan tanggungannya. Sejak muda lagi, dia sudah memikirkan bagaimana kelak dia boleh menafkahi istri dan anak-anaknya. Di antara bentuk persiapannya adalah dengan belajar bersungguh-sungguh  sehingga boleh mendapat kerja yang bagus dan menjamin masa hadapan. Begitu juga hal yang berkaitan agama. Dia sentiasa berusaha mempelajari ilmu agama untuk menjadi pembimbing kpd bakal isterinya untuk bekalan keluarganya di dunia dan di akhirat.Dia sudah menyiapkan dirinya sejak remaja lagi kerana kesedaran atas tanggungjawab yg amat besar itu. Oleh yang demikian lelaki yang malas berusaha dan malas untuk mempelajari ilmu yg berguna utk kehidupannya harus dijauhi.

*Kepada insan bergelar wanita,semoga Allah memberi anda jodoh yang baik untuk kebahagiaan didunia dan akhirat.Pesanan untuk kaum lelaki,siapkan diri kita dari sekarang kerana tanggungjawab kita amat berat untuk ditanggung tanpa bekalan yang cukup.Sesungguhnya Hawa itu dicipta dari tulang rusuk Adam.


Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.

Rujukan:: Muhammad Abduh Tuasikal


maha melihat :)

seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku


tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
engkaulah saksinya

Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
padaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
padaMu semua bertekun

yang dicinta ’kan pergi
yang didamba ’kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata


alhamdulillah...tahun 2 medik :)

assalamualaikum...!!!ammmboii lame betol cuti.sapa wt donno jek alam skeliling.. :DD 

uihh tanggal 28/9/2010...waaaa sampai d epot cairo.now at my home sweet home sudaa

klas stat 10hb nih.subjek still same cume subtopic laen2..

dah sevey dah,fullamak mencabar,..ya Allah,permudahkanlah..ameenn!

insya Allah target tertinggi mumtaz..jadik usahe kena lebih

duniawi2 kena kurangkan.apekah..?on9,muvi..hahahaahkk

jadi..sudah2 la tuh ep...stdy smpai pengsan okeeehhh..

^_^