Pages

grad

Daisypath Graduation tickers
Showing posts with label medic-takziah. Show all posts
Showing posts with label medic-takziah. Show all posts

Saturday, March 23, 2013

alfatihah teman seperjuangan

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati

Alfatihah buat sahabat seperjuangan, Mohd Faiz Izuddin B Daud, se batch 2009/2010
Kuliah Perubatan, Tahun 4, Universiti Zagazig
*cardiac arrest*
sudden death.

Meninggal pada hari jumaat yg mulia,
memberikan kesan yg mendalam buat sahabat2 seperjuangan
aktif dlm kelas,tempat duduk paling hadapan
harini di kelas,ketiadaan yg sgt dirasai.

Jumaat yg syahdu dan suram seakan2 memahami perginya seorang sahabat

sebelum tu baru je exam sama2 
baru je gelak2,usik2 sesama teman group 2 exam clinical ophtal
dan td dlm klas doc umum markah exam semua org,
arwah dpt fullmarks..Allah..sebak dengar..tahniah!

khamis baru last exam midterm II sama2
itu last tgk & jumpa sebelum keesokannya jumaat pergi menghadap Pencipta untuk selamanya

dari yg xkenal arwah,bole kenal sbb pernah bg tazkirah ringkas dlm kelas
Alhamdulillah..dikenali dgn kebaikan yg dilakukan

atas urusan yg xdpt diselesaikan pd hari jumaat,jenazah diuruskan pd hari ini,sabtu
kelas jam 9pg bermula dgn suasana yg mmg kehilangan
biasa sy smpai klas tepat jam 9,arwah dah ad kat kelas sebelah
harini smpai,kelas tersebut xbukak lampu puun lg
*biasala,batch kami 9.05 plg awal smpai =)

doktor di depan,buku pen di tgn,
dah cuba fokus,tp Allah Maha Mengetahui..
kwn laki sume dah ad kat bilik jenazah,urus dari memandikan,mengkafankan,sembahyang smpaila kebumikan
Alhamdulillah shbt2 sume mampu!

kelas selesai jam 12pm dan rehat untuk sambung kelas jam 1.30pm
kami ambil keputusan untuk iring jenazah keluar dari hospital university zagazig buat kali terakhir
doc call memaklumkan klas ptg tu cancel
Alhamdulillah..
sahabat2 ikhwah memenuhi ruang bilik jenazah dan masjid berdekatan untuk solat dan seterusnya bergerak ke cairo untuk dikebumikan



Alhamdulillah dpt iring jenazah buat kali terakhir dgn doa yg takpernah putus


tanah perkuburan kaherah


esok ibu sampai,moga diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadapi dugaan dariNya.




ALfatihah..
moga tenang dikau bersemadi di sana,sahabat =')

Friday, December 24, 2010

pikah's note 4 her :'(

"Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dgn izin Allah,
sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya...
Barang siapa mengkehendaki pahala dunia,
niscaya Kami berikan kepadanya pahala (dunia) itu,
dan barang siapa mengkehendaki pahala akhirat,
Kami berikan (pula) kepadanya pahala (akhirat) itu,
dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur..
(Ali Imran, 145)

surah tersebut adalah satu kebetulan yang berlaku dalam diriku
pd ptg semalam,
semasa pembelajaran adab di kuliah aq terpandang akan satu ayat
iaitu ayat 144,
namun ayat di atas aq trbaca sekali...
mungkin Allah mmberi petunjuk kepadaku bahawa aq akn mndapat satu khabar berita yg mnyedihkan...Alhamdulillah..

terlalu byk kisah hidupmu bersamaku yg tak dapat aq lupakan smpi bila2,
sehingga segala yg berada d kotak fikiranku mnjd percampuran
yg tak dpt aq selesaikan...
dan kerana semua itu lah aq tidak dapat mncoretkn semua ny
di dalam blog ini...
namun jauh d sudut hati aq, namamu dan segala yg kita lalui bersama akan sentiasa aq ingati...

Iela, kau la yg pertama mngajarku akan segala ilmu agama
dgn gaya yg slumber
segala yg kau beritahu itu selalu kuingati sehingga kini...
terima kasih sahabat...
kerana kamulah, aq byk mngetahui ilmu agama dgn sebaikny,
walaupun aq menuntut ilmu agama di sekolah tp semua itu kurang mmbantu aq dgn berkesan...
mungkin pemergiaanmu ini, mmbuatkn aq sedikit jatuh dan lemah...
kekuatan yg sangat tinggi dalam dirimu, mmberi semngat kepadaku...

23-12-10, 4.15 pm,
nama yg tertera d screen tepon aq adalah DR NAA,
aq dgn senang hati mngangkat panggilan tepon tersebut,
pertanyaan Dr Naa di mana aq berada, ku ingatkn die skrg berada di Cairo
namun semua ny meleset...
rupa2ny die ingat mmberi 1 khabar berita yg bagiku adalah ....
perasaan yg xdpt aq gambarkan....
sepanjang keberadaan aq di atas tramco, fikiranku melayan mncari blk memori yg ad di minda,
aq hanya mampu mngingati kisah2 hidup kita bersama
tapi wajah mu xdpt ku cari...
ku rasakan diri ku xbermakna kerana tidak mampu mngenal pasti wajahmu...
dan selepas berita yg kudengar itu, hati ku pilu..
apakan daya mata ku tidak mampu mngeluarkan air mata jernih...
ku bagaikan tidak percaya dgn pemergiaan mu sehingga aq berharap semua berita ini adalah satu penipuan...

pemergiaannya buat selama2 membuat aq terkedu...
sepanjang perjalanan pulang ke rumah aq diam menyendiri tidak seperti selalu...
patut la instinct ku pd ptg smalam utk on9 mnggunakn fon sgt mmbuak2,
namun kutahankn perasaan itu utk focus kpd kuliahku...
dalam masa yg sama gerak hati yg terlalu asyik meningatkan akan kematian adalah sgt tinggi,
aq seperti mngetahui akan ada yg akan pergi meninggalkan aq buat selama2nya..
namun, berat hatiku utk melepaskan kamu, iela...

sesudah bersolat asar, aq terus mncari bband
dan mnelefon kawanku d malaysia,
ku inginkn kepastian dr sahabatku Fatin Anis,
no telefon ny ku dailkan dan mndapat jawapan dr ny
dan line pd ptg smlm memberi kerjasama yg baek kpd kami...
lebih kurang 10 minit kami berbual mngenai Iela dan Izad,
kami putuskan panggilan..
dlm masa yg sama, housemate aq dtg ke bilik dan aq mnceritakan kpd die,
bila tiba saat muka iela yg tak dpt aq gambarkan ,
terus kawanku mmberitahu mmg bila kita bersahabat baek dgn seseorg
kita tak dapat mnggambarkan wajahnya dgn sebaik mungkin,
selepas itu, terus mataku dipenuhi air2 jernih yg mmbuatku
xdpt menahan lg...

sampai di sini sahaja aq coretkn pasal mu Iela,
dan biarkan kisah2 hidupmu yang len hny aq dan yg mngenalimu
mnjaga dgn sebaiknya...

~Semoga rohmu tenang dan damai di sana...
Semoga kamu ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh..
Semoga segala dosamu diampunkan oleh-Nya...
Amin...

fara's note 4 her.... :'(

I can take the rain on the roof of this empty house
That don't bother me
I can take a few tears now and then and just let them out
I'm not afraid to cry every once in a while
Even though going on with you gone still upsets me
There are days every now and again I pretend I'm ok
But that's not what gets me

What hurts the most
Was being SO CLOSE
And haven't so much to say
And watching YOU WALK AWAY
And never knowing
What could have been
And not seeing that LOVING YOU
Is what I was tryin' to do

in d air0plane!! with arwah siti nabilah anuar. ;'(
( Airp0rt Penang )

It's hard to deal with the pain of losing you everywhere I go
But I'm doin' It
It's hard to force that smile when I see our old friends and I'm alone
Still Harder
Getting up, getting dressed, livin' with this regret
But I know if I could do it over
I would trade give away all the words that I saved in my heart
That I left unspoken

What hurts the most
Is being SO CLOSE
And haven't so much to say
And watching YOU WALK AWAY
And never knowing
What could have been
And not seeing that LOVING YOU
Is what I was trying to do

Not seeing that loving you
That's what I was trying to do

Thursday, December 23, 2010

SHE's my bestie in memoirs -SITI NABILAH ANUAR

innalillahiwainnailaihiroojiunn
buat Allahyarhamah Siti Nabilah Anuar (ila)
alfatihah...

ameen Ya Rabbal'alamin

Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hinga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.

mati itu bila-bila...tiada siapa y mampu menduga kekuasaanNYA
dimana kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini

buat allahyarhamah,
m0ge tergolong dalam golongan org2 y soleh dan beriman
ameen~

buat teman seperjuangan d KMK,jgn bersedih lg ! kuatkan semangat !
(sy sendirik p0m lemah smangat T_T)

c0retan buat iela :

berkenalan pd ary pertama d dewan besar kolej mara kulim
-iela ,fara, juga (fatin n pikah dari skola rendah ag)-
tidak sangka persahabatn kami sampai ke saat ini..
pd hari pemilihan kos : hayat atau fizik
kami sume pilih sc hayat...arwah y paling semangat skali angkat tgn ntok amek fzik :)
suke tgk semangat die ! berdaya saing !
 dorm : na,fatin n pikah d dorm bawah-tabah
mereka lak d tingkat atas
saling berkunjungan,salu je outing bersama..attend function bersama
ke DS pom bersama...surau :)

 "iela,nanti nk sambung mane.?"
"ak nk g upnm weehh.! sambung engine.teringin gile ak nk masok sane ! "

fuhh..nampak je lembut...upnm tuh impian.siap tampal besar2 ag "AIM : UPNM !!"
suke ngn cara arwah y lembut tapi tegas dlm membuat keputusan
seorang y menjaga penampilan dan pemakaian 
....dan pandai fizik n maths !!

stiap mlm jumaat..na pikah n arwah salu m'habiskan masa ngn tgk cite hantu kt TV3
maseh teringat..arwah ngn bekalan mknnya turun bawah bersama farah.. (ala2 nk g tgk wayang )
fatin lak dok mendobi tym ni,s0 kami ber4 je la y layann sambil takot2
arwah la y paling semangat -nk release tensen katenye..biasalah mlm weekend

kalau diikutkan nak je cite sume memori kami bersama
namun,y lepaskan biarkan ia bersemadi..menjadi kenangan y terindah antara kami

5 bulan ukhuwwah kami terjalin...surat tawaran ntok melanjutkan plajaran ke mesir sudah na trime
...hati terasa berat ntok berpisah..namun apakan daye,mmg niat na ntok ke mesir
hari terakhir d KMK,tym tuh cuti raye puasa akan start
bas kami akan bertolak balik k kg masing2 kol 9mlm
ptg tuh,kami 1 geng amek kesempatan ntok k bazar ramadan besar d pekan kulim
bukan bazar biasa y kt depan kolej kami...(tuka slera)
tym tuh ujan lebat...ahh kami redah..sanggup..last nk mkn masakan utaro :)
terakhir kali berbuka bersama di dorm,sume semakin sebak sbb inilah mlm terakhir na d kmk

b4 naek bas balik klate,arwah n farah dtg pelok na tetibe...sebak terase
duadua menangis...
mengenangkan usia persahabatn kami y maseh baru,begini utuh ukhuwwah kami terjalin buat sy rase sungguh indah bila sesuatu ikatan y suci seperti ini terjalin
hadiah dari mereka sy terima..namun hadiah persahabatan amat bermakna bg sy

lambaian terakhir arwah pd ketika itu tidak sy sangka merupakan lambaian paling akhir buat sy
baru berkira-kira nk menziarahi arwah cuti musim panas nanti.namun,takdir Illahi mengatasi segala2nya

sungguh...amat sedih aty ini bila mngetahui berita ini dari fatin
then terus kol pikah y jugak br balik dari kuliah..kelu pikah.
terus kate "naa tipu,naa tipu...xbetol tuhh..xbetol2"
ye pikah,betol ! trime lah suratanNYA...sama-sama lah kita doakan arwah disana
m0ge pemergian arwah menjadi ped0man untok kita untuk senantiasa bersedia..

buat iela....na rindu awak selalu..
timekaseh sbb pernah jadi teman baek naa
susah senang kite dahulu mnjadi kenangan paling indah buat naa n teman2..
bersemadilah dikau dgn tenang disane..

Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati.....

kenangan kmk..berbaju hitam...









Saturday, December 18, 2010

al fatihah buat saudara seislam

alfatihah.

salam takziah buat femly allahyarham dr mas afzal

seorang insan y sy kenali melalui penulisannya d blog

kandungan blog y memberi semangat y luar biasa

m0ge allahyarham ditempatkan bersama org2 y beriman.ameen Ya Allah.